Tuesday 15 November 2011

Falsafah Haji..

IBADAH HAJI - ia merupakan BAYANGAN PERJALANAN MENUJU KEMATIAN. Semasa mengerjakan HAJI, kita diminta agar meninggalkan segala-galanya. Bermula dengan keluarga, PANGKAT, KEKUASAAN, harta benda dan segalanya.

Pakaian putih yang dipakai telah cukup menggambarkan saat hari KEMATIAN iaitu disaat manusia meninggalkan DUNIA untuk mengadap ALLAH SWT.

Pemimpin..



Pemimpin Agung - Nabi Mohammad saw. pernah ditawarkan oleh Allah swt untuk menjadikan bukit di Mekah menjadi emas, namun Rasulullah saw bersabda, “Tidak..aku ingin makan sehari dan lapar pada hari berikutnya, agar pada hari aku mengalami kelaparan, maka aku dapat bersabar dan meminta kepada Mu dengan merendahkan diriku di hadapan Mu dan ketika aku makan, maka aku dapat bersyukur kepada Mu..

Empayar Islam mula musnah kerana rasuah dan kehidupan mewah para pemimpinnya, samada pemimpin yang bergelar Khalifah atau sebagainya. Apabila perkara seperti ini mula melanda Kerajaan Islam, yang mana pemimpinnya menyeleweng, hidup didalam kenikmatan dan kekenyangan, sedangkan kehidupan rakyat menderita, kebangkitan rakyat akan berlaku.

Nabi saw sebagai Uswatun Hasanah pula telah memilih kehidupan yang amat sederhana sebagai Ketua Negara. Penghormatan kepada Islam akan timbul secara spontan dan rakyat akan menerima Islam diatas kemuliaan pengamal agama tersebut.

Didalam menghadapi Perang Khandak, Rasulullah saw. turut bersama bertungkus lumus, bersusah payah dengan para sahabat mengorek parit bagi menghalang kemaraan tentera kafir. Pemimpin sekarang pula sentiasa hidup dalam kekenyangan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat hidup menderita.

Menegur Pemimpin..

Teguran Imam-Imam 4 Mazhab kita pada zaman mereka telah mengakibatkan mereka dipenjara,, dibuang negeri dan sebagainya.

Dimasa sekarang pula, kita melihat apabila ada orang menghina hudud, terdapat orang yang hanya melihatnya seolah-olah ianya tiada apa-apa. Tiada Ulama yang berani menegur, meminta orang tersebut bertaubat atau sebagainya.

Ada teguran..namun tiada mempunyai kekuatan menegur Khalifah seperti orang-orang terdahulu.  Keberanian menegur Khalifah orang-orang terdahulu telah membolehkan peradaban Islam terpelihara walaupun Khalifahnya telah rosak.

Haji Mohamad bin Sabu.
Timbalan Presiden PAS.
14/11/2011 - Madrasah Al-Hasaniah Kg. Baru, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

Monday 8 August 2011

Aku Menaip..

9 Ogos 2011 bersamaan 9 Ramadan 1432..maka bermulanya penulisan didalam blog ini. Blog ini Insyaalah..akan memuatkan tentang peristiwa, perjalanan hidup, catatan perjalanan, ragam hidup manusia, dan segala pengalaman hidup yang pernah dilalui. Selamat berkunjung ke blog ini..