Tuesday 15 November 2011

Pemimpin..



Pemimpin Agung - Nabi Mohammad saw. pernah ditawarkan oleh Allah swt untuk menjadikan bukit di Mekah menjadi emas, namun Rasulullah saw bersabda, “Tidak..aku ingin makan sehari dan lapar pada hari berikutnya, agar pada hari aku mengalami kelaparan, maka aku dapat bersabar dan meminta kepada Mu dengan merendahkan diriku di hadapan Mu dan ketika aku makan, maka aku dapat bersyukur kepada Mu..

Empayar Islam mula musnah kerana rasuah dan kehidupan mewah para pemimpinnya, samada pemimpin yang bergelar Khalifah atau sebagainya. Apabila perkara seperti ini mula melanda Kerajaan Islam, yang mana pemimpinnya menyeleweng, hidup didalam kenikmatan dan kekenyangan, sedangkan kehidupan rakyat menderita, kebangkitan rakyat akan berlaku.

Nabi saw sebagai Uswatun Hasanah pula telah memilih kehidupan yang amat sederhana sebagai Ketua Negara. Penghormatan kepada Islam akan timbul secara spontan dan rakyat akan menerima Islam diatas kemuliaan pengamal agama tersebut.

Didalam menghadapi Perang Khandak, Rasulullah saw. turut bersama bertungkus lumus, bersusah payah dengan para sahabat mengorek parit bagi menghalang kemaraan tentera kafir. Pemimpin sekarang pula sentiasa hidup dalam kekenyangan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat hidup menderita.

No comments:

Post a Comment